tip yang saya sedang amalkan lagi supaya berubah kearah yang lebih positif...alhamdulillah ada yang tersangkut,tapi saya ikhlas untuk berubah bukan sebab dia sahaja taw.... ehehehe....
1. menjaga suara
latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.....
2. menjaga cara berkata-kata
biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam....
3. menjaga kulit
kebersihan sentiasa dijaga.makanan yang berulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan.gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit...
4. menjaga muka
tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.jangan banyak berangan.....
5. menjaga rambut
bersihkan rambut tapi janganlah terlalu kerap. bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100x utk menjadi rambut subur dan berkilat.ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tetapi kemas....
6. menjaga cara berjalan
latih cara berjalan.jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu berhayun.langkah jangna terlalu besar.berjalan jangan terlalu laju.badan jangan terlalu membongkok atau tegak.muka elok di tundukkan sedikit...
7. menjaga gerak geri
bila duduk di lantai duduklah dengan cara bersimpuh.kalau duduk di atas kerusi,eloklah sila panggung.jangan mengangkang.tangan jangan terlalu bergerak bila bercakap.cara bergerak biarlah lemah lembut...
8. menjaga senyuman
latihkan senyum jangan tersengeh.tutup mulut bila ketawa.ketawa secara sederhana. selalu senyum untuk tujuan baik...
9. menjaga mata
mata jangan terlalu liar memandang sekeliling.tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda...
10. menjaga kehormatan
sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar.minta izin ibubapa.pakaian sopan.pulang seawal mungkin.
11. menjaga sikap
taat beragama.jangan bohong.jauhi dari merungut. jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain..
11 January 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment