28 February 2011

Surah Yasin -Pengertian Setiap Ayat

Ø Ayat 1 – 9
 Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 
 Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ø Ayat 12 
 Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 – 35
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 – 23
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ø Ayat 29
Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø Ayat 30 
Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ø Ayat 32
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ø Ayat 33 – 35
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 
Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39
Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal . Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 – 48
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Ø Tiupan ke-dua – Hancur
Ø Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padangMahsyar.
Ø Ayat 50
Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø Ayat 58
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ø Ayat 76
Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ø Ayat 78–79
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
Ayat 78-79
 Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø Ayat 79
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ø Ayat 82
Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Ø Yasin is the jantung of Al-Quran
Ø Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
Ø Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
o Child is sick
o Feeling troubled.
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
o As selusoh (to ease pain when giving birth)

Ø Read Yasin (3x) over water
Ø Read 3 Qul (three times each)
Ø Fatihah
Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 – “Waja’alna… .”
Ø Lindungi rumah dari pencuri – baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Ø Lindungi diri dari dianiaya
Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Ø Baca Ayat 9
Ø Fatihah
Ø Read 3 Qul (three times each)
Ø Ayat Kursi

Ayat 29 – “In kanat illa… .”
Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 – “subhanallazi..”
Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
Ø Ya Wadud (3x)

Ayat 58 – Salamun…
Ø Jika sakit anggota
Ø Tak tenang hati
Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 – “Falayahzun..”
Ø Bila rasa sedih
Ø Untuk menenangkan hati
Ø Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 – 79 “dari Yuhyil Wahiya… “
Ø Tulang patah
Ø Sakit sendi
Ø Sakit lutut

Ayat 82 – “Innama amruhu..”
Ø Jika mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method
o Sembahyang tahjud
o Sembahyang hajat
o Doa minta hajat
o Baca ayat 100 x dengan yakin
o Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
o Seperti di atas
o Bila baca ayat, tiup dalam air
o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamalaa’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.

11 January 2011

Rahsia Mengekalkan keayuan????

tip yang saya sedang amalkan lagi supaya berubah kearah yang lebih positif...alhamdulillah ada yang tersangkut,tapi saya ikhlas untuk berubah bukan sebab dia sahaja taw.... ehehehe....
1. menjaga suara
latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.....
2. menjaga cara berkata-kata
biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. jangan gunakan perkataan yang terlalu  beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam....
3. menjaga kulit
kebersihan sentiasa dijaga.makanan yang berulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan.gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit...
4. menjaga muka
tangan  perlu sentiasa bersih dan lembut. jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.jangan banyak berangan.....
5. menjaga rambut
bersihkan rambut tapi janganlah terlalu kerap. bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100x utk menjadi rambut subur dan berkilat.ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tetapi kemas....
6. menjaga cara berjalan
latih cara berjalan.jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu berhayun.langkah jangna terlalu besar.berjalan jangan terlalu laju.badan jangan terlalu membongkok atau tegak.muka elok di tundukkan sedikit...
7. menjaga gerak geri
bila duduk di lantai duduklah dengan cara bersimpuh.kalau duduk di atas kerusi,eloklah sila panggung.jangan mengangkang.tangan jangan terlalu bergerak bila bercakap.cara bergerak biarlah lemah lembut...
8. menjaga senyuman
latihkan senyum jangan tersengeh.tutup mulut bila ketawa.ketawa secara sederhana. selalu senyum untuk tujuan baik...
9. menjaga mata
mata jangan terlalu liar memandang sekeliling.tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda...
10. menjaga kehormatan
sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar.minta izin ibubapa.pakaian sopan.pulang seawal mungkin.
11. menjaga sikap
taat beragama.jangan bohong.jauhi dari merungut. jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain..